Friday, August 7, 2009

Prince Trever (kot)

Rasa mcm jantung ditumbuk bertalu-talu dengan lesung batu sampai tinggal habuk mcm oreo cheese cake alya razif. Boleh bayangkan? HEART ATTACK! Okay takde pape. Oreo sedap. Tu je.

Hm, hari Rabu lepas, kami budak kelas biol telah pun bedah katak. And to my surprise, aku tak takut langsung nk tengok katak tu. Cuma gerun sikit bila nak cucuk tangan dan kaki dia dengan jarum (kesian kot) tapi semuanya kelihatan okay selepas itu. Bahagian yang paling menarik ialah bila dapat melihat jantungnya berdegup-degup.

Oh katak kumpulan budak lelaki mcm hisap rokok sebab jantung dia hitam. Ish ish. Tak reti pilih katak haha. Kami, Maznie yang ambilkan. And Hilmi kata froggy dia ada testis -__- Mana ada!

Tetapi malangnya, satu gambar tidak dapat diambil melainkan kamera teacher. Aiyo. Haha salahkan Effa Madiha! Dia kata nak bawak kamera kot.

Jadi, aku rasa aku sudah ada cita-cita yang tak beberapa tetap, iaitu Pakar Bedah yang terkenal. LOL. Jom Camyla kita jadi rakan kongsi bersama-sama.

By the way, tadi kat sekolah, saya ternampak seorang budak. Dan budak itu tidak dikenali oleh saya. Tapi gaya budak itu mcm sudah 10 tahun kenal. Mcm mana itu?




Tuition saya boleh dikatakan agak bosan lah oleh itu saya suka meluangkan masa melakukan benda tak sepatutnya. Itu tulisan tangan kiri saya (I'm a righty). Haha, sekarang ni saya sangat addicted tulis pakai tangan kiri. Best! Ia boleh buat otak kiri atau kanan berfungsi.


p.s - WOW sekolah dah hapuskan comment box! Fuyoo. Lawak kot.

TTFN :)

No comments: