Monday, March 28, 2011

1 kg

Menggemukkan badan dengan ini. Seddap gilaaaaaaa! Heaven. BESAR PUNYA!

Peace out!

Tuesday, March 15, 2011

Biar rentung janji enjoy

Plkn best rasa mcm tknk balik lgsung, okay tu tipu. Perasaan nak balik tu mesti ada. Malas nak bebel panjang panjang, bukannya ada orang paham pun. Mesti ada sesetengah orang tu serabut bila budak plkn ckp plkn best, well what to do, dah memang best pun. Rindu kawan kawan semua. Susah senang sama sama, ceh.

So yeah everyday benda sama buat.

5.30 - Bangun bangun bangun, semua wira dan wirawati bangun
6.30 - Physical Training (PT pagi)
(Kira strength, then nyanyi negaraku, 1 malaysia, khidmat negara, then aerobik or senaman asas)
7.30 - Sarapan pagi.
(Tray semua basuh sendiri okay)
8.30 - Class
(Character Building, Budaya Kerja, Kenegaraan)
10.30 - Minum Pagi
11.00 - Continue Class
12.30 - Makan Tengahari
2.30 - Class or aktiviti fizikal
5.00 - Minum petang
5.30 - Riadah
6.30 - Makan Malam
9.15 - Kira strength and other activities
10.30 - Minum Malam
11.00 - Padamkan lampu-lampu yang tidak digunakan dan selamat malam.

Click the pictures to enlarge okaaaaaaaay
So let the pictures do the talking!

First day 

Tgk, awal awal lagi dah buat muka taktau malu nk amek gambar dah la senyum mcm kambing. Haa depan tu Husna Syafiqah. Terkejut beb jumpa dia and happy la jgk sebab ada jugak orang yang pernah sama sekolah.

Kena tunggu nak masuk kompeni mana.

Fitting baju nak tgk size whatever

So class Character Building (CB) dah start, and presenting you my kumpulan kecil. Haa yang kiri tu Aimi. Oh and arul pun ada di situ, tu ha belakang orang yang pakai spec tu. Nak kata mental pun tak jugak hahaha tapi boleh plak time orang beratur kat padang kawad dia pergi makan maggi sorang sorang, tak pelik ke tu? Time CB semua poyo belagak budak baik, pendiam je lagi lagi yang tgh duduk belah kanan sekali, nama dia Meow bukan nama sebenar haha, yes pelik first time orang nama meow sbb muka dia comel mcm kucing haha, dia sangat pendiam dulu. Lepas CB pergh bising kot.

Mcm ni la ktorang tiap tiap hari before raya cina pagi petang, class je memanjang. Bosan btul. Tak, sebenarnya best bila kau buat activity dia betul betul. Rugi gila tak appreciate class CB.

Pakai punjabi suit kot jgn main main.

Oh time ni best gila kitorang buat tarian hindustan hohoho. And yang lagi best is time ktorang perform, ramai cikgu dtg and camera man semua dtg, hohoho. Semua join ktorang buat. Best best :')


Blip test, to test our stamina. Nk tau berapa? Tak payah lah

Photoshoot day,

Nmpak camera mesti gedik nak pandang

Ze best doormates.


Teori menembak. Tembak best gila weh markah pun macam apa dpt 2 out of 100. 
HEBAT KANNNN. Semua salah orang yang jaga aku time tembak sebab dia ckp mcm ni, "haa bagus dik, buat lagi macam ni". aku pun confident ah tembak. Balik kem semua tk percaya dpt 2 point. HAHAH terharu kot sebab muka aku ni mcm muka hebat en.

Water confident day. Nak suruh orang tu confident masuk laut.

Yes habis terpercik air semua

Yup kena masuk dalam laut dengan selut pergh best gila dah tak rasa mcm laut dah aku tgk, sebab apa bila kau pijak je pasir tu terus tenggelam, mcm taik pun ada, sampai kasut pun boleh tercabut, pastu laut hitam legam haaa.



Kayak and rakit day



Group rakit. Rakit pun best bila sampai tengah laut tak tergerak pun -.-




Biar la buruk pun aku nk letak jugak

Flying fox day

Flying fox diorang divide jadi 3 kump. Then aku dapat kump 3 mcm terbuang gila, sedih sebab ktorang kena kawad tgh tgh panas, kump 2 dengan 1 relax je -.- dah la kump 3 takde gbr flying fox langsung.

Haha best gila expression orang belakang 

After kawad

Aktiviti Tali rendah

Kena jadi supporter for orang yang akan jalan atas kayu tu

Haha kesian tangan aimi je nmpk.

Game ni paling best. Dia mcm sorang sorang kena swing from left to right, then kena stay atas tyre tu. Takleh gerak. Guess lah sape yang tersepit kat bawah tu.

moi. azma. serious best. bila orang last skali smpai habis boom semua jatuh main duduk tak ingat dunia ada orang kat bawah tu. 

Uva, aimi and nithiya. Semua neighbor sebelah katil. aaaa. diorang tak main pun game tu, jadi tukang gelak je.

Khidmat komuniti. Tak best sgt, sbb ktorang kena bersihkan masjd, wait dont get me wrong, bukan tak best bersihkan masjid, but masjid tu bila bukak je almari habis segala binatang tah apa apa keluar, tikus lah, cicak lah. Yang lain best lah ada yang pergi buat aerobik. 

Ngehehehe happy balik

Tiba tiba malu HAHAH

Ni group kawad, sedih gila dapat last kali. memang tak puas hati sebab semua ckp kitorang patut menang first or second, salah ktorang cuma tak ada tutup barisan je, yang lain okay. tp nk buat macam mana, at least kami menang bermaruah, ceh. tp time practice kawad mmg enjoy la. so no regrets.

Wirajaya day

Imagine ktorang kena bawak bag berat 10 kg pastu jalan 5 km masuk hutan pastu kena cari checkpoint sendiri pakai peta and kompas siapa sesat padan muka. Lepas kluar hutan tu patah balik 5 km dengan bag 10 kg tu nak pergi tapak wirajaya, tidur semua kat situ. Dah mcm dlm biggest loser dah aku tgk. Bag tu kena isi kasut sukan, slipper, toiletries, baju loreng, baju sukan, telekung, air 1 botol, dekat belt pun letak botol lagi. Tgk tgk satu hapak pun tak pakai -.- saja nk susah kan hidup orang, but memang betul lah wirajaya ni memang gila gila test kekuatan fizikal and mental.

On the way balik tu dah tak larat terus campak bag dlam kereta staff haidi. 

:D

Kalau visitors nk dtg kem ni kena guna jalan sempit berbatu ni 7 km.

 kanan tu uva, sebelah dia shaji. ayoo dah rindu dah ni and kiri tu sukun panjang HAHA nama dia aimi, ktorang sentiasa berkepit. diorang panggil geng panjang pendek, siot kan. Aimi sukun panjang, aku sukun pendek -.- semua cikgu fairuz (ckg serious) ngn cikgu roy (penyangak HAHAHA) punya pasal.

Lepas sampai terus terbongkang atas tanah, kesah apa aku orang pandang. Ceh padahal tutup muka jugak bila orang amek gbr, poyo betul.

Masak sendiri beb. Dia bagi beras, telur 2 biji, ikan kering, bawang dengan sardin untuk hidup. Sedap la jugak kan aimi kan! hahaha. Oh yang kanan tu nama dia loges. Kitorang suka kacau dia sebab dia kelakar hehehehe and baik suka tolong orang, dia nak jadi army, bagus kan. yang ada towel pink tu anis,selangor mari, hohohoh.


Okayyyyyy thats it for now. Gbr semua ni staff haidi yang amek. Hoho. Pastu jual 1 cd 10 ringgit, memang kaya gila la pandai betul buat duit. Takpa nasib baik 10 ringgit tu berbaloi sebab banyak muka aku menyemak hahahaha.

And plus ni gambar baru sikit, baru drpd 1 camera, blum lagi campur camera orang lain haa, oh btw aku tk bawak camera pun, so kerja aku menyelit je la dkt camera orang, di mana ada camera situ jugak la aku menyelit. Ampun.

Now lets talk about the jurulatihs here. Semua best sporting eventho suka jerit, sikit sikit tengking memang bnci gila la masa mula mula semua tak suka tp tak kenal maka tak cinta, betul? Diorang garang bertempat la. Sebenarnya diorang saje je buat mcm tu, tp bila dah lama lama semua relax je. Boleh 1 kepala. Kelakar.

Yes ini dia TKJ (timbalan ketua jurulatih) kita. Best sporting gila, tapi bila tkj mengamuk semua takut. Pernah ada one day tu semua wirawati kena pakai full loreng sebab takda siapa nak volunteer baca ikrar. Actually ada lagi cerita tapi ntah malas lah nak cerita. Memang betul betul army la dia, ular tikus semua dia pegang. Daun pun dia makan, gaya dia sedap gila macam makan burger king. Haa TKJ pun suka bagi orang penyu bertelur. Mcm mana? Haa kau try cangkung pastu lompat then tangan kau buat mcm tumbuk orang. Tgk orang buat memang ah sedap je gelak, 5 kali boleh tahan lagi, bila sendiri buat, pergh sakit dia esok pun tk hilang.

Dekat sini senang je nk ugut ktorang, kalau weekends, takada siapa kluar pergi makan nnti ada la announce, semua wira dan wirawati dikehendaki kluar makan kalau dapatt tangkap siapa yang tak pergi makan, handphone akan ditarik. Ceh dah hafal dah. Kalau weekdays plak, diorang ugut la pakai loreng siap berpantun lagi tu, 
ikan keli ikan kering,
siapa lambat pakai full loreng.

Ni atuk, cikgu mail, kat dewan makan. Dulu aku pun tak suka sgt atuk sbab atuk dulu la paling suka jerit, hahaha sekali boleh lagi main usik usik atuk, tanya atuk gigi mana la hahahah sebab gigi dia takada sikit. hahaha pastu suruh sebut tiga la sebab bila sebut 3 mulut ni jadi mcm senyum sikit, tak caya cuba try test. pastu buat buat tanya atuk mcm mana dia makan ikan ayam daging semua, haha mula mula dia tk phm bila dia paham dia buat muka geram pastu pegang kepala orang goyang goyang geram then tanya, 'awak nak gigit lembut ke gigit keras' haha kitorang semua eeeeeeee taknak!

Haa cikgu ngah pun best. Tengah jalan jalan ni, tiba tiba dia pijak kasut lah, pastu pernah kena siku dengan dia. aduh. dia lah yang start panggil pendek. Kat sini siapa yang pendek memang kena panggil kemetot lah, kecik lah. Kalau tinggi diorang panggil panjang. Kdg2 diorang panggil pendek tktau pendek yang mana. Haa ayat favourite cikgu ngah, 'ko ni penyakit betul la', tak pun 'kang aku lempang ko kang berpusing baru tau'. Haihh lawak lawak. Time malam last ada buat performance, ada sorang budak ni tiru gaya cikgu sebijik gila.

Haa ini dia dari kiri, cikgu fairuz (ckg serious), cikgu azwan, cikgu roy penyangak haha, and cikgu.... yang start panggil aku dengan aimi sukun tu ckg fairuz dgn cikgu roy. Penyakit betul . 




Yang kiri sekali cikgu laila, badan dia kecik je comel je hahaha tapi ganas weh. Time kelas kenegaraan dia jaga class aku, pastu ktorang ada la kena buat persembahan, well me being azma, tau la aku memang malas pastu suka buat main main, cikgu laila jerit, eeee azmalihah buat betul betul kang cikgu sepak kang baru tau. haaaa, rindu weh dia jerit. Yang paling tak tahan dia pernah ckp dkt sorang budak ni panggil dia black, oi black baik kamu diam kang cikgu tarik gigi kamu kang baru tau. Hahaha sedih betul la bila ingat balik. Sebelah tu cikgu ieda, cikgu nicky and cikgu gee. Semua baik je kcik kecik comel. Depan tu Chief Instructor (CI). Taktau la kenapa orang takut ngn dia, tp aku tgk dia kelakar je boleh sembang main main lagi.

Ni semua cikgu fizikal. 



Cikgu Bib ngn cikgu Jay, kembar ni memang tkleh berpisah, comel betul

Ni Ketuajurulatih (KJ) dia pun best, kelakar. Dan sangat cantik, bab bab menari ni bagi la dia amek, hindustan punya pergh hebat gila weh.

Ni plak cikgu multiskill, yang class semua diorang yang ajar. 

Last skali, staff haidi, dia la photographer kat sini, time first day dah mula kenal dia sbb tengah beratur ni tiba2 dia suruh senyum nak amek gambar, aku pun apa lagi buat muka tktau malu la kan. Hohoho. Anak dia comel gila tembam.

Okay dah sampai sini jela, aku dah tk larat nk tulis. Nnti sambung lagi, bye. Banyak lagi gbr belum letak sebenarnya. Nnti aku letak lagi, jangan risau.